9 HARI 7 MALAM : JEDDAH-MADINAH-MEKAH
KLIK DI SINI UNTUK ITINERARY 2 (JEDDAH-MEKAH-MADINAH)
HARI 1 : DALAM PESAWAT
Bertolak dari Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah.
HARI 2 : MADINAH
Tiba di Jeddah & ke Madinah.
Selepas ketibaan, terus menaiki bas ke Madinah.
Malam pertama di Madinah, berpeluang untuk solat di Masjid Nabawi. Ziarah Masjid Nabawi dan sekitarnya 2 jam selepas selesai Solat Isyak
HARI 3 : MADINAH
Ziarah Penuh Madinah.
Lawatan ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Bukit Uhud, Makam Syuhada’ & kompleks Masjid Tujuh (Khandak).
HARI 4 : MADINAH
Ibadah & Raudhah.
Fokus utama untuk mendapatkan giliran masuk ke Raudhah (melalui aplikasi Nusuk) Masa lapang untuk ibadah sunat di Masjid Nabawi.
HARI 5 : MADINAH
Bertolak ke Mekah & Umrah (1).
Selepas sarapan, bertolak ke Mekah. Singgah di Bir Ali (Zul Hulaifah) untuk niat umrah. Tiba di Mekah, terus ke hotel dan bersiap untuk menunaikan Umrah pertama yang akan dipimpin oleh Mutawif.
HARI 6 : MEKAH
Ziarah Hudaibiyah & Umrah (2).
Lawatan ke Muzium Amoody & Masjid Hudaybiyah. Berihram bagi yang ingin melaksanakan umrah (pilihan). Pulang ke hotel untuk berehat. Mutawwif akan menentukan waktu untuk melakukan umrah bersama
HARI 7 : MEKAH
Ziarah Kota Mekah.
Lawatan ke tempat bersejarah seperti Jabal Tsur, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, Jabal Nur (Gua Hira’) dan Masjid Ji’ranah(Miqat bagi yang ingin berihram). Masa lapang untuk terus beribadah di Masjidil Haram.
HARI 8 : MEKAH
Ibadah & Persiapan Pulang.
Masa terakhir untuk beribadah dan menunaikan Tawaf Wada’ (Selamat Tinggal Kaabah) sebelum check-out hotel dan bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah.
HARI 9 : MALAYSIA
TIBA DI KUALA LUMPUR









