April 19, 2026

TERMA & SYARAT UMRAH

TERMA & SYARAT PAKEJ UMRAH

GEO TRAVEL & TOURS SDN BHD (No KPL : 8002)

1. PENDAHULUAN

1.1 Terma dan Syarat ini menggariskan peraturan, tanggungjawab, dan hak kedua-dua pihak — GEO Travel & Tours Sdn. Bhd. (“GEO”) dan Jemaah / Pelanggan (“Peserta”) — dalam penyertaan Pakej Umrah yang ditawarkan oleh GEO. Dengan menandatangani borang tempahan atau membuat pembayaran deposit, peserta dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua terma yang dinyatakan.

2. PENDAFTARAN & PEMBAYARAN

2.1 Deposit: Tempahan adalah sah setelah jemaah membuat pembayaran deposit sebanyak RM500 (Lima Ratus Ringgit) seorang atau seperti yang dinyatakan dalam invois. Deposit ini adalah sebahagian daripada harga pakej dan tidak boleh dipindah milik kepada orang lain tanpa persetujuan pihak syarikat.

2.2 Bayaran Penuh: Baki bayaran penuh pakej mesti dijelaskan selewat-lewatnya 45 (empat puluh lima) hari sebelum tarikh keberangkatan. Bagi tempahan saat akhir (kurang dari 45 hari), bayaran penuh diperlukan semasa pendaftaran.

2.3 Pembayaran ansuran / Pembiayaan: Bagi jemaah yang menggunakan kemudahan pembiayaan peribadi (seperti kerjasama perbankan Islam), pembayaran adalah tertakluk kepada terma dan kelulusan institusi kewangan masing-masing. Geo Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya pembiayaan tidak diluluskan.

2.4 Cara Pembayaran: Pembayaran boleh dibuat melalui pemindahan wang (bank transfer), kad kredit, atau cek atas nama GEO TRAVEL & TOURS SDN BHD. Semua caj transaksi (jika ada) akan ditanggung oleh jemaah.

3. HARGA & PERUBAHAN KOS

3.1 Harga pakej adalah berdasarkan kadar tukaran wang asing (mata wang Saudi Riyal) dan harga tiket penerbangan semasa tempoh promosi. Geo Travel berhak mengubah suai harga pakej sekiranya berlakunya kenaikan kos yang ketara di luar kawalan syarikat (contoh: kenaikan harga minyak, cukai kerajaan, kenaikan kos visa), namun sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera.

3.2 Pakej yang ditawarkan merangkumi penerbangan, visa, penginapan, pengangkutan, dan bimbingan seperti yang tertera dalam jadual perjalanan (itinerary).

4. PERKHIDMATAN TIDAK TERMASUK DALAM PAKEJ

4.1 Perbelanjaan peribadi (telefon, laundry, tips, porter, barangan cenderamata), bagasi tambahan, perkhidmatan khas, dan kos rawatan peribadi tidak termasuk dalam pakej.

5. VISA & DOKUMEN PERJALANAN

5.1 Dokumen Perjalanan: Jemaah mestilah memastikan Pasport antarabangsa sah laku untuk tempoh sekurang-kurangnya 8 (lapan) bulan dari tarikh keberangkatan. Geo Travel tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penolakan imigresen akibat kesilapan maklumat peribadi atau pasport tidak sah.

5.2 Pendaftaran hanya dianggap sah apabila borang tempahan lengkap diterima bersama bayaran deposit dan dokumen sokongan seperti salinan pasport, gambar berukuran pasport, dan dokumen lain yang diperlukan. Semua dokumen mesti dihantar sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.

5.3 Geo Travel akan bertindak sebagai perantara untuk menguruskan permohonan visa umrah dan visa pelancong. Kelulusan visa adalah hak mutlak pihak Kedutaan Arab Saudi.

5.4 Sekiranya visa tidak diluluskan, Geo Travel akan memberikan bayaran balik sepenuhnya setelah ditolak kos pemprosesan visa yang telah dibayar kepada pihak berkuasa (sekiranya tiada bayaran balik dari pihak kedutaan), kos insurans, dan caj pentadbiran yang munasabah. Deposit penuh pakej akan dikembalikan atau dipindahkan ke tarikh lain.

5.5 Larangan Visa Mujamalah / Haji: Bagi pakej umrah biasa, jemaah dilarang menggunakan visa umrah untuk tujuan mengerjakan haji. Geo Travel tidak bertanggungjawab ke atas denda atau deportasi oleh pihak berkuasa Arab Saudi sekiranya jemaah didapati masih berada di Tanah Suci melebihi tempoh sah visa umrah atau melakukan ibadah haji tanpa permit yang sah.

6. PENUKARAN, PENUNDAAN & PEMBATALAN

6.1 Sekiranya jemaah membatalkan pakej atas sebarang sebab peribadi, bayaran balik adalah tertakluk kepada syarat berikut, setelah ditolak caj pemprosesan sebanyak RM100 (Seratus Ringgit) :

TEMPOH PEMBATALAN :

  • 90 hari atau lebih sebelum berlepas : Rugi 50% daripada deposit
  • 60 – 89 hari sebelum berlepas : Rugi 100% daripada deposit
  • 30 – 59 hari sebelum berlepas : Rugi 50% daripada jumlah harga pakej
  • Kurang dari 30 hari sebelum berlepas : Tiada bayaran balik (Rugi 100% daripada jumlah harga pakej)
  • Semasa di Tanah Suci : Tiada bayaran balik untuk sebarang
    perkhidmatan yang tidak digunakan.

7. KESIHATAN & INSURANS

7.1 Kesihatan: Jemaah mestilah berada dalam keadaan sihat fizikal dan mental yang baik untuk menunaikan umrah. Jemaah yang mempunyai penyakit kronik (seperti jantung, kencing manis, darah tinggi) adalah diminta memaklumkan kepada syarikat semasa pendaftaran. Geo Travel berhak menolak penyertaan mana-mana jemaah yang didapati tidak sihat untuk mengikuti perjalanan demi keselamatan bersama.

7.2 Vaksinasi: Jemaah bertanggungjawab mematuhi syarat vaksinasi (termasuk Vaksin Meningitis) yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

7.3 Geo Travel amat menggalakkan jemaah untuk mengambil perlindungan Takaful Perjalanan (Travel Insurance) yang komprehensif. Perlindungan ini meliputi risiko pembatalan, kehilangan bagasi, kecemasan perubatan, dan kemalangan semasa di Tanah Suci.

7.4 Geo Travel tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kecederaan, atau kemalangan yang dialami oleh jemaah sekiranya jemaah enggan mengambil insurans perjalanan.

8. DISIPLIN & TANGGUNGJAWAB PESERTA

8.1 Jemaah dikehendaki mematuhi segala arahan ketua kumpulan (mutawif / Syeikh) yang dilantik oleh Geo Travel sepanjang perjalanan.

8.2 Jemaah dilarang keras membawa atau terlibat dengan kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan undang-undang Islam di Arab Saudi, termasuk penyeludupan dan pengambilan dadah. Geo Travel berhak menyerahkan jemaah kepada pihak berkuasa sekiranya terlibat dengan kegiatan jenayah.

9. PERUBAHAN JADUAL PERJALANAN

9.1 Geo Travel berhak mengubah suai, meminda, atau menggantikan mana-mana perkhidmatan (hotel, penerbangan, restoran) dengan perkhidmatan yang setaraf atau lebih baik tanpa mengurangkan kualiti keseluruhan pakej, terutamanya dalam situasi kecemasan atau arahan dari pihak berkuasa Masjidil Haram.

10. PENOLAKAN TUNTUTAN (DISCLAIMER)

10.1 Geo Travel & Tours Sdn Bhd bertindak hanya sebagai ejen bagi pihak pembekal perkhidmatan seperti syarikat penerbangan, hotel, dan pengangkutan.

10.2 Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kelewatan, kecederaan, atau kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian atau perbuatan pihak ketiga.

11. FORCE MAJEURE (KEADAAN LUAR KAWALAN)

11.1 Geo Travel & Tours Sdn Bhd berhak membatalkan atau mengubah mana-mana pakej umrah disebabkan oleh keadaan di luar kawalan munasabah syarikat (force majeure) seperti bencana alam, peperangan, rusuhan, pandemik, atau arahan kerajaan Malaysia/Kerajaan Arab Saudi (termasuk isu berkaitan visa dan kuota). Dalam situasi ini, pilihan yang diberikan adalah:

  • Pindahkan bayaran penuh ke pakej yang akan datang (kredit syarikat).
  • Mendapatkan bayaran balik setelah ditolak kos-kos yang telah tidak dapat dikembalikan oleh pihak ketiga (contoh: tiket penerbangan khas, kos visa yang telah diproses).

12. ADUAN & PENYELESAIAN

Aduan hendaklah dikemukakan secara bertulis dalam masa 7 hari selepas tarikh pulang. GEO akan menyiasat dan menyelesaikannya dengan sewajarnya.

13. UNDANG-UNDANG & BIDANG KUASA

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 dan bidang kuasa Mahkamah Malaysia.

14. PENGAKUAN PESERTA

Dengan menandatangani borang tempahan, peserta mengakui telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh GEO Travel & Tours Sdn. Bhd.