TERMA & SYARAT PAKEJ LUAR NEGARA
GEO TRAVEL & TOURS SDN BHD (No KPL : 8002)
1. PENDAHULUAN
1.1 Terma dan Syarat ini menggariskan peraturan, tanggungjawab, dan hak kedua-dua pihak — GEO Travel & Tours Sdn. Bhd. (“GEO”) dan Pelanggan (“Peserta”) — dalam penyertaan Pakej Luar Negara yang ditawarkan oleh GEO Travel. Dengan mengakui borang tempahan atau membuat pembayaran deposit, peserta dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua terma yang dinyatakan.
2. PENDAFTARAN & PEMBAYARAN
2.1 Deposit: Tempahan adalah sah setelah pelanggan membuat pembayaran deposit sebanyak RM200 (Dua Ratus Ringgit) seorang seperti yang dinyatakan dalam Borang Daftar. Deposit ini adalah sebahagian daripada harga pakej dan tidak boleh dipindah milik kepada orang lain tanpa persetujuan pihak syarikat.
2.2 Bayaran Penuh: Baki bayaran penuh pakej mesti dijelaskan selewat-lewatnya 45 (empat puluh lima) hari sebelum tarikh penerbangan. Bagi tempahan saat akhir (kurang dari 45 hari), bayaran penuh diperlukan semasa pendaftaran.
2.3 Cara Pembayaran: Pembayaran boleh dibuat melalui pemindahan wang (bank transfer) atau FPX. Semua caj transaksi (jika ada) akan ditanggung oleh pelanggan.
3. HARGA & PERUBAHAN KOS
3.1 Harga pakej adalah berdasarkan kadar tukaran wang asing dan harga tiket penerbangan semasa. Geo Travel berhak mengubah suai harga pakej sekiranya berlakunya kenaikan kos yang ketara di luar kawalan syarikat (contoh: kenaikan harga minyak, cukai kerajaan, kenaikan kos visa), namun sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera.
3.2 Pakej yang ditawarkan merangkumi penerbangan, visa (jika ada), penginapan dan pengangkutan seperti yang tertera dalam jadual perjalanan (itinerary), melainkan dinyatakan sebaliknya (hanya ground arrangments)
4. PERKHIDMATAN TIDAK TERMASUK DALAM PAKEJ
4.1 Perbelanjaan peribadi (telefon, laundry, tips, porter, barangan cenderamata), bagasi tambahan, perkhidmatan khas, dan kos rawatan peribadi tidak termasuk dalam pakej.
5. VISA & DOKUMEN PERJALANAN
5.1 Dokumen Perjalanan: Pelanggan mestilah memastikan Pasport antarabangsa sah laku untuk tempoh sekurang-kurangnya 8 (lapan) bulan dari tarikh penerbangan. Geo Travel tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penolakan imigresen akibat kesilapan maklumat peribadi atau pasport tidak sah.
5.2 Pendaftaran hanya dianggap sah apabila borang tempahan lengkap diterima bersama bayaran deposit dan dokumen sokongan seperti salinan pasport, gambar berukuran pasport, dan dokumen lain yang diperlukan. Semua dokumen mesti dihantar sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
5.3 Geo Travel akan bertindak sebagai perantara untuk menguruskan permohonan visa pelancong. Kelulusan visa adalah hak mutlak pihak Kedutaan Luar Negara.
5.4 Sekiranya visa tidak diluluskan, Geo Travel akan memberikan bayaran balik sepenuhnya setelah ditolak kos pemprosesan visa yang telah dibayar kepada pihak berkuasa (sekiranya tiada bayaran balik dari pihak kedutaan), kos insurans, dan caj pentadbiran yang munasabah. Deposit penuh pakej akan dikembalikan atau dipindahkan ke tarikh lain.
6. PENUKARAN, PENUNDAAN & PEMBATALAN
6.1 Sebarang pembatalan hendaklah dibuat secara bertulis melalui e-mel, surat rasmi atau aplikasi komunikasi rasmi syarikat.
6.2 Sebarang pembatalan bayaran balik adalah tertakluk kepada syarat berikut, setelah ditolak caj pemprosesan sebanyak RM100 (Seratus Ringgit) :
TEMPOH PEMBATALAN :
- 90 hari atau lebih sebelum berlepas : Pulangan 100% deposit
- 60 – 89 hari sebelum berlepas : Rugi 25% daripada deposit
- 45 – 59 hari sebelum berlepas : Rugi 50% daripada jumlah harga pakej
- Kurang dari 45 hari sebelum berlepas : Tiada bayaran balik (Rugi 100% daripada jumlah harga pakej)
6.3 Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap pembatalan disebabkan:
- Bencana alam
- Cuaca buruk
- Rusuhan atau peperangan
- Wabak penyakit
- Perubahan polisi kerajaan
- Kegagalan mendapatkan visa atau dokumen perjalanan
6.4 Pihak syarikat berhak membatalkan perjalanan sekiranya jumlah minimum peserta tidak mencukupi. Dalam keadaan tersebut, pelanggan akan diberi pilihan:
- Pemulangan wang penuh; atau
- Menukar ke tarikh pakej lain.
7. KESIHATAN & INSURANS
7.1 Kesihatan: Pelanggan mestilah berada dalam keadaan sihat fizikal dan mental yang baik untuk perjalanan. Pelanggan yang mempunyai penyakit kronik (seperti jantung, kencing manis, darah tinggi) adalah diminta memaklumkan kepada syarikat semasa pendaftaran. Geo Travel berhak menolak penyertaan mana-mana pelanggan yang didapati tidak sihat untuk mengikuti perjalanan demi keselamatan bersama.
7.2 Vaksinasi: Pelanggan bertanggungjawab mematuhi syarat vaksinasi (sekiranya ada) yang ditetapkan oleh Kerajaan Negara yang akan ditujui.
7.3 Geo Travel amat menggalakkan pelanggan untuk mengambil perlindungan Takaful Perjalanan (Travel Insurance) yang komprehensif. Perlindungan ini meliputi risiko pembatalan, kehilangan bagasi, kecemasan perubatan, dan kemalangan semasa melancong atau semasa di Tanah Suci.
7.4 Geo Travel tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kecederaan, atau kemalangan yang dialami oleh pelanggan sekiranya pelanggan enggan mengambil insurans perjalanan.
8. DISIPLIN & TANGGUNGJAWAB PESERTA
8.1 Pelanggan dikehendaki mematuhi segala arahan ketua kumpulan yang dilantik oleh Geo Travel sepanjang perjalanan.
8.2 Pelanggan dilarang keras membawa atau terlibat dengan kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan undang-undang negara destinasi, termasuk penyeludupan dan pengambilan dadah. Geo Travel berhak menyerahkan pelanggan kepada pihak berkuasa sekiranya terlibat dengan kegiatan jenayah.
9. PERUBAHAN JADUAL PERJALANAN
9.1 Geo Travel berhak mengubah suai, meminda, atau menggantikan mana-mana perkhidmatan (hotel, penerbangan, restoran) dengan perkhidmatan yang setaraf atau lebih baik tanpa mengurangkan kualiti keseluruhan pakej, terutamanya dalam situasi kecemasan atau arahan dari pihak berkuasa negara destinasi.
10. PENOLAKAN TUNTUTAN (DISCLAIMER)
10.1 Geo Travel & Tours Sdn Bhd bertindak hanya sebagai ejen bagi pihak pembekal perkhidmatan seperti syarikat penerbangan, hotel, dan pengangkutan.
10.2 Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kelewatan, kecederaan, atau kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian atau perbuatan pihak ketiga.
11. FORCE MAJEURE (KEADAAN LUAR KAWALAN)
11.1 Geo Travel & Tours Sdn Bhd berhak membatalkan atau mengubah mana-mana pakej umrah disebabkan oleh keadaan di luar kawalan munasabah syarikat (force majeure) seperti bencana alam, peperangan, rusuhan, pandemik, atau arahan kerajaan Malaysia/Kerajaan Negara Destinasi (termasuk isu berkaitan visa). Dalam situasi ini, pilihan yang diberikan adalah:
- Pindahkan bayaran penuh ke pakej yang akan datang (kredit syarikat).
- Mendapatkan bayaran balik setelah ditolak kos-kos yang telah tidak dapat dikembalikan oleh pihak ketiga (contoh: tiket penerbangan khas, kos visa yang telah diproses).
12. ADUAN & PENYELESAIAN
Aduan hendaklah dikemukakan secara bertulis dalam masa 7 hari selepas tarikh pulang. GEO akan menyiasat dan menyelesaikannya dengan sewajarnya.
13. UNDANG-UNDANG & BIDANG KUASA
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 dan bidang kuasa Mahkamah Malaysia.
14. PENGAKUAN PESERTA
Dengan akuan borang tempahan, peserta mengakui telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh GEO Travel & Tours Sdn. Bhd.
