Semakin ramai jemaah hari ini ingin melaksanakan umrah dengan mengurus sendiri perjalanan mereka. Ada yang mahu memilih tarikh mengikut kelapangan keluarga, menentukan tempoh penginapan sendiri atau membeli tiket penerbangan dan menempah hotel mengikut bajet masing-masing.
GEO Travel memahami keperluan ini. Setiap jemaah mempunyai cara, kemampuan dan keutamaan yang berbeza. Sebab itu, kami memperkenalkan GEO Custom Umrah — kemudahan untuk anda menyusun perjalanan umrah dan menempah bantuan yang diperlukan melalui website kami.
Apa yang boleh urus sendiri, urus sendiri. Selebihnya, kami bantu.
Sudah membeli tiket penerbangan? Sudah menempah hotel? Anda masih boleh memilih servis lain daripada GEO mengikut keperluan perjalanan. Pilih apa yang diperlukan dan lihat anggaran kos melalui sistem Custom Umrah kami.
Antara pilihan yang disediakan ialah penerbangan dan visa, penginapan di Makkah, Madinah dan Taif, pengangkutan airport dan stesen kereta api, tiket Haramain, ziarah serta bimbingan mutawwif. Barangan tambahan seperti kain ihram dan beg eksklusif GEO Travel juga boleh dipilih.
Kemudahan ini sesuai untuk kumpulan kecil 2 hingga 10 jemaah yang mahukan perjalanan lebih fleksibel bersama keluarga atau sahabat. Anda boleh menggabungkan urusan sendiri dengan bantuan pasukan GEO pada bahagian yang diperlukan.
Bagaimana cara membuat tempahan?
- Bina perjalanan anda. Masuk ke halaman GEO Custom Umrah, pilih servis, bilangan jemaah dan malam penginapan yang diperlukan.
- Semak anggaran. Sistem akan memaparkan anggaran berdasarkan pilihan anda. Simpan atau hantar ringkasan pilihan kepada pasukan GEO melalui WhatsApp.
- Bayar deposit RM500 seorang. Teruskan melalui borang rasmi OnPay dan pastikan kuantiti deposit sama dengan bilangan jemaah.
- Berbincang dengan pasukan GEO. Selepas bayaran deposit disahkan, pihak GEO akan menghubungi anda untuk menyemak pilihan dan keperluan perjalanan sebelum sebut harga lengkap diserahkan bagi urusan pembayaran seterusnya.
RM500 seorang ialah deposit sahaja, bukan harga penuh pakej. Anggaran di website tertakluk kepada semakan harga, skop servis dan ketersediaan. Sebut harga lengkap akan disediakan selepas perbincangan bersama pasukan GEO.
Mulakan rancangan umrah anda bersama GEO
Anda tentukan apa yang ingin diurus sendiri. Untuk urusan yang memerlukan bantuan, pilih dan tempah servis melalui sistem website kami. Pasukan GEO sedia membantu anda menyusun perjalanan mengikut keperluan.
➜ Klik di sini untuk bina perjalanan GEO Custom Umrah anda
Pertanyaan lanjut: Ahmad Fikri · +60 13-279 6987
Umrah anda. Rentak anda. Bersama GEO Travel.
