Profil Profesional Ustaz Fikri Adan
Seorang pakar dalam industri Haji, Umrah dan pelancongan Islamik, beliau memiliki gabungan kukuh antara latar belakang akademik, tauliah profesional serta pengalaman lapangan antarabangsa.
Mendapat pendidikan awal cemerlang dengan pencapaian 5A (UPSR) dan Mumtaz (Sekolah Agama), beliau seterusnya melanjutkan pengajian ke Pondok Moden Darussalam Gontor sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Akidah & Falsafah) di Indonesia.
Beliau kemudian menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di Imam Muhammad Ibn Saud Islamic University, Riyadh dalam bidang Syariah (Peradaban Islam), serta melengkapkan diri dengan Diploma Bahasa Arab dan Diploma Pengajaran Bahasa Arab.
Sepanjang hampir 8 tahun di Riyadh, beliau bukan sahaja menuntut ilmu, malah aktif terlibat secara langsung dalam pengurusan operasi Haji & Umrah, termasuk menjadi petugas dan pembimbing jemaah bersama beberapa syarikat travel.
Kelayakan & Pensijilan
Pemandu Pelancong Berlesen Malaysia
Pemilik syarikat latihan berdaftar HRDF
Tauliah Mengajar Agama (Masjid Negeri Melaka)
Tauliah PEKTA (Pembimbing Haji & Umrah Malaysia)
Alumni Program Persijilan Eksekutif Pembimbing Ibadah Haji (EPIH)
Pengalaman Industri
Dengan pengalaman luas dalam industri, beliau pernah berkhidmat sebagai:
Pengurus Besar – NAFT Travel
Kini sebagai Direktor – Geo Travel
Selain itu, beliau turut:
Terlibat dalam pengurusan musim Haji
Membimbing dan mengendalikan jemaah Umrah secara langsung
Bekerjasama dengan pelbagai syarikat travel seperti TM Tours,
Touch Me Travel dan JAD Travel
Kenapa Pilih Kami
✔ Berpengalaman luas dalam pengurusan Haji & Umrah
✔ Latar belakang pendidikan Islam yang kukuh
✔ Tauliah rasmi & pensijilan profesional
✔ Pengalaman lapangan di Tanah Suci(Mekah, Madinah, Taif dan sekitarnya)
✔ Fokus kepada bimbingan ibadah yang tepat, selesa & tersusun
Misi Kami
Memberikan pengalaman Haji & Umrah yang lebih tersusun, selesa dan berlandaskan ilmu, agar setiap jemaah dapat menunaikan ibadah dengan tenang, yakin dan sempurna.
