
Kapal di Atas Rumah Lampulo ialah salah satu kesan paling terkenal akibat tsunami Aceh tahun 2004. Tempat ini terletak di Kampung Lampulo, Banda Aceh, Indonesia, dan menjadi simbol kekuatan serta keajaiban selepas bencana tsunami.
Sebuah kapal nelayan kayu seberat kira-kira 20 tan telah dihanyutkan ombak tsunami sejauh beberapa ratus meter sebelum tersangkut di atas sebuah rumah penduduk ketika tsunami melanda pada 26 Disember 2004.
Kejadian ini sangat mengejutkan dunia kerana kapal besar itu boleh berada di atas rumah akibat kekuatan ombak tsunami yang luar biasa.
Menurut cerita penduduk tempatan:
- Seramai lebih kurang 50 hingga 60 orang berjaya menyelamatkan diri dengan naik ke atas kapal tersebut semasa tsunami berlaku.
- Kapal itu menjadi tempat perlindungan sementara ketika air tsunami menenggelamkan kawasan sekitar.
- Ramai mangsa terselamat hasil keberanian dan bantuan sesama penduduk.
Bagi yang ingin melihat kesan Tsunami dari dekat boleh mengambil pakej dari kami. Kami menyediakan pakej 4hari 3malam yang meliputi Banda Acheh sahaja. Bagi pakej 5hari 4malam meliputi Banda Acheh dan Pulau Weh.
Harga pakej 4h3m dari RM1800 seorang, termasuk:
- Penerbangan pergi balik
- Bagasi 20kg pergi balik
- Penginapan 3 malam di Banda Acheh dengan sarapan pagi
- Pengangkutan pergi balik airport dan tour
- Pemandu pelancong
- 3x makan tengahari dan 3x makan malam
- Yuran tempat lawatan
Tidak termasuk:
- Belanja peribadi
- Tips pemandu dan pemandu pelancong
- Insurance



